Bintang sensasi Chelsea, Fernando Torres bakal dipinjamkan kepada  kelab lain pada Januari depan andai dia masih gagal mengakhiri kemarau  gol yang dialaminya.Difahamkan, kelab-kelab yang beraksi dalam saingan Liga Sepanyol bakal menjadi destinasi pilihan utama skuad The Blues untuk meminjamkan Torres.
Keputusan itu dibuat sendiri oleh pengurus Chelsea, Andre Villa-Boas dalam usaha mengembalikan semula prestasi sebenar Torres.Sebagai rekod, Torres hanya mampu meledak satu gol bersama Chelsea  sejak dia dibawa masuk dari Liverpool dengan rekod yuran perpindahan  termahal bernilai £50 juta (RM243.9 juta) awal tahun ini.
Situasi tersebut sekali gus telah menghadirkan kebimbangan buat  Villa-Boas jika Torres terus bergelut dengan prestasi tidak menentu dan  hanya diletakkan di bangku simpanan.Bagaimanapun, Villa-Boas akan terus memantau perkembangan Torres  sehinggalah pintu perpindahan pemain dibuka semula pada Januari tahun  depan sebelum membuat keputusan sama ada meminjamkan penyerang  antarabangsa Sepanyol itu kepada kelab lain ataupun sebaliknya.
Buat masa ini, Chelsea tidak ada perancangan untuk menjual Torres  kerana prestasi hambarnya telah menyebabkan nilainya jatuh di pasaran  pemain.
Darah jadi putih kerana makan daging?
                      -
                    
  Seorang lelaki yang makan terlalu banyak daging terkejut selepas 
mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao,...
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan