Bekas penyerang Chelsea, Didier Drogba dijangka menandatangani  kontrak bersama Shanghai Shenhua tidak lama lagi sekali gus menyertai  Nicolas Anelka di kelab China itu.
Pemain antarabangsa Ivory Coast  berusia 34 tahun itu, akan  mengumumkan perpindahan itu dalam laman web peribadinya, menurut Zhu Jun  kepada agensi berita Xinhua semalam, dan difahamkan Drogba akan  menerima gaji 200,000 (RM991,000) seminggu.
Penyerang Perancis, Anelka, yang menyertai Shenhua Januari lalu dan juga pernah mewakili Chelsea, secara terbuka berkata menyatakan ingin Drogba menyertainya di kelab China itu.
Zhu Jun menafikan laporan sebuah akhbar Shanghai bahawa Drogba, yang  meninggalkan Chelsea selepas membantu kelab Liga Perdana Inggeris itu  memenangi Liga Juara-Juara pertama mereka bulan lalu, akan menerima gaji  tahunan 12 juta euro (RM47.8 juta).
Shenhua sudah berbelanja besar mendapatkan pemain dari luar termasuk jurlatih. Mereka memecat ketua jurulatih Jean Tigana awal musim ini dan menggantikannya dengan bekas pengurus Argentina, Sergio Batista bulan lalu.
Mereka kini di tangga ke-12 daripada 16 pasukan dalam Liga Super China.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan