6 September 2011

Terry yakin kemampuan Rooney

Kapten England, John Terry percaya Wayne Rooney sudah kembali kepada prestasi terbaiknya yang boleh membantu skuad negaranya menjadi pesaing utama Euro 2012.Skuad kendalian Fabio Capello bakal layak ke pusingan akhir di Poland dan Ukraine jika menewaskan jiran mereka, Wales di Stadium Wembley pada awal pagi esok dan Rooney dijangka mengetuai jentera serangan selepas menamatkan kemarau jaringan di pentas antarabangsa ketika menewaskan Bulgaria 3-0 pada Jumaat lalu.


Rooney mengharungi 15 perlawanan untuk England tanpa sebarang gol sebelum menanduk masuk sepakan penjuru Gareth Barry dan menyudahkan hantaran Ashley Young untuk menewaskan Bulgaria.Hasil dua jaringan Rooney di Sofia, Terry dan rakan sepasukannya memerlukan empat mata menerusi dua perlawanan selepas ini untuk memastikan layak sebagai juara kumpulan.

Terry gembira dengan persembahan Rooney yang meneruskan aksi baik di kelabnya ke pentas antarabangsa dan dia yakin penyerang Manchester United itu akan kekal dalam skuad kebangsaan untuk tempoh 10 tahun akan datang.“Wayne sudah mendapat kembali rentaknya, dia sangat hebat sepanjang minggu ini dan masih berbisa di depan,” kata Terry.


“Semua orang bercerita mengenai pemain lama dan baru, namun Wayne tidak berada dalam mana-mana kategori terbabit. Dia masih mampu memberikan sumbangan dalam tempoh 10 tahun akan datang. Saya sangat yakin.“Dia mempamerkan persembahan hebat pada peringkat awal di Manchester United dan sudah meneruskannya bersama-sama England.

“Dia juga hebat di kem latihan, tidak pernah berpuas hati kecuali kemenangan, termasuk ketika sesi latihan dan semangatnya membantu pemain muda.”[sumber]

*ArulchelseA: England akan bertemu wales pagi ini jam 2.40 di saluran astro 813.

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...