Penyerang Chelsea, Fernando Torres (gambar) menghentam kelabnya apabila mendedahkan, barisan pemain tengah skuad The Blues itu sudah terlalu tua.Penyerang Sepanyol itu mengalami kemarau gol dan setakat ini hanya  menjaringkan satu gol untuk Chelsea dan skuad kebangsaan sejak tiba di  Stamford Brigde dengan yuran perpindahan bernilai £50 juta (RM238.55  juta) dari Liver- pool pada Januari lalu.
Torres berkata: "Apabila saya tiba di sini (Chelsea), saya tahu  proses untuk menyesuaikan diri itu agak perlahan tetapi saya tidak  menjangka ia memakan masa yang terlalu lama."Chelsea merupakan kelab dibarisi ramai pemain senior, yang bermain  dengan rentak perlahan dan corak bertahan. Mungkin kerana itu, kelab ini  berusaha untuk mengubah tempo permainan."
Pengurus muda The Blues, Andres Villas- Boas telah berjaya  mendapatkan khidmat rakan senegara Torres, Juan Mata yang me- lengkapkan  perpindahan dari Valencia bernilai £26 juta (RM124.05 juta) bagi  memper- kuatkan barisan tengah Chelsea.Torres menambah: "Bukan mudah untuk mencari pemain tengah berwibawa. 
"Namun ketibaan (Juan) Mata akan memberi dimensi baharu kepada pasukan kami."[sumber]
Darah jadi putih kerana makan daging?
                      -
                    
  Seorang lelaki yang makan terlalu banyak daging terkejut selepas 
mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao,...
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan