12 Mei 2011

Kaka sertai Chelsea?

dtg je ke chelsea bro...

 

LONDON - Ibu kepada bintang Real Madrid, Kaka mengumumkan bahawa keluarganya akan berpindah ke London pada Ogos ini. 

Kenyataan itu menimbulkan ura-ura mengenai kemungkinan pemain tengah Brazil itu akan menyarung jersi Chelsea menjelang sepak mula musim depan.Ibu Kaka, Simone Leite dalam akaun Twitter miliknya menulis: "Musim depan kami akan berada di London. Kami akan berada di situ pada Ogos."Kenyataan tersebut telah pun dipadamkan namun ia terlalu lewat untuk menghalang ia daripada disebarkan ke serata dunia bola sepak.

Kaka, 29, bukan lagi menjadi pilihan utama Jose Mourinho yang telah memeterai perjanjian membeli Nuri Sahin dari Borrusia Dortmund dengan harga 10 juta pound (RM48.9 juta).
Namun, Real tidak mahu membiarkan Kaka yang dibeli 57 juta pound (RM278.4 juta) daripada AC Milan pergi dengan murah.
Malah, dia menerima gaji sebanyak 200,000 pound (RM977,000) di Bernabeu.[utusan]

4 Pengulas Sukan:

syuxer berkata...

London?
Oh tidak..ni mesti chelsea dapat punye..aku benci kalau man city yang dapat..meluat weh..memang perghhh la kalau chelsea dapat..arap2 ancelotti x kena pecat..dia je faham cara kaka men..adeh gila ar essien,lampard,kaka,malouda..konfirm ore len x lepas2 kat tengah..men long passing la jawabnya heheh

arituarini berkata...

man.city pencuri saat akhir bro..hehehe.. robinho pun lari g mna.city..aku hrp ancelotti tk kena pect..tp bos chelsea mcm nk buang je dia..tgok la mcm mana..tp kaka aku hrp dtg chelsea..hehe

Xyz berkata...

kaka dahlah ensem. hehehehe :P

arituarini berkata...

semua hensem...hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...