Habis madu sepah dibuang! Mungkin inilah peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan nasib Frank Lampard di Stamford Bridge.
Pemain berusia 34 tahun itu dimaklumkan oleh kelab kesayangannya, Chelsea supaya mencari pasukan lain Januari ini.
Ini bermakna, kesetiaannya bersama kelab itu tidak memberi makna buat 
The Blues yang jelas enggan menggunakan khidmat kuda tua dalam skuad 
berkenaan.
Sepanjang bersama kelab utara London itu, Lampard telah membantu 
Chelsea memenangi Liga Juara-Juara Eropah, tiga gelaran Liga Perdana 
Inggeris (EPL), empat Piala FA dan dua Piala Liga.
Kontrak Lampard bakal berakhir musim panas ini dan dia berharap 
prestasi baiknya di atas padang mampu mengubah keputusan kelab bahawa 
dirinya masih bernilai.
Lampard menerima berita sedih itu sebelum pasukannya membelasah Aston Villa 8-0, minggu lalu.
Mangsa polisi The Blues
SEJAK rejim Roman Avramovich mengambil alih Chelsea, ramai pemain yang keluar masuk, malah pengurus juga silih berganti.
Pengurusan The Blues jelas sekali mengamalkan 'pemerintahan' kuku besi.
 Pemain yang tidak konsisten akan dijual manakala pemain yang lanjut 
usia diminta meninggalkan kelab.
Malah polisi kelab yang hanya menawarkan penyambungan kontrak setahun 
buat pemain berusia 30 tahun ke atas juga menjejaskan masa depan pemain 
di kelab tersebut.
Sebagai contoh, Ashley Cole, 30, tidak bersetuju ditawarkan kontrak 
sambungan selama setahun kerana berpendapat dia layak beraksi di 
Stamford Bridge untuk tempoh lebih lama.
Tetap sayangkan Chelsea
LAMPARD akui pengumuman memintanya meninggalkan Stamford Brige amat 
memeranjatkannya. Namun, pada masa sama dia enggan menjadikan situasi 
berkenaan mengganggu fokusnya selagi masih menyarung jersi The Blues.
"Saya gemar bermain di sini, jadi saya akan meneruskan permainan, 
perlawanan demi perlawanan dan gembira untuk kekal cergas. Apa pun, 
keputusan kelab ialah keputusan mereka, saya tidak mahu memikirkannya.
"Saya berada di sini untuk bermain bola sepak dan menunjukkan kepada 
semua orang apa yang saya mampu lakukan dan terus melakukannya," 
katanya.
Pencapaian: 
Lampard melakukan penampilan ke-500 EPL (perlawanan menentang Aston 
Villa, 24 Disember lalu) dengan meledak gol ke-130 buat Chelsea dan 
memadamkan rekod milik Bobby Tambling (129 gol).[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan