10 Mei 2011

Blues buntu di Old Trafford



Reaksi kecewa pemain Chelsea, Frank Lampard selepas kalah kepada Manchester United di Old Trafford, kelmarin. 


LONDON - John Terry tidak mempunyai jawapan terhadap persembahan buruk Chelsea pada babak pertama ketika kalah kepada Manchester United, yang menamatkan harapan Blues untuk mempertahankan kejuaraan Liga Perdana.
Kemenangan 2-1 United kelmarin membolehkan skuad Alex Ferguson berkelebihan enam mata mengatasi penyandang juara Chelsea, yang menghuni tangga kedua ketika baki dua perlawanan.

Chelsea bernasib baik apabila tidak dibolosi lebih dari dua gol sebelum rehat.
Aksi pemain Blues pada 45 minit pertama amat berbeza dengan permainan yang pernah mereka pamerkan sejak dua bulan lalu, ketika mereka berusaha merapatkan perbezaan 15 mata dengan United.
Tentu sahaja persembahan hambar itu berpunca selepas 36 saat jaringan yang dilakukan di Old Trafford dan kapten Chelsea, Terry gagal untuk menjelaskan mengapa pasukannya menyerah kalah sebegitu awal pada perlawanan tersebut.
"Saya tidak pasti. Kami telah bersedia sepenuhnya. Hari yang amat mengecewakan, tetapi jika mengimbas kembali dua bulan lalu, kami mungkin mampu mengharungi perlawanan ini (tiga mata di belakang United ketika perlawanan dimulakan).
"Kami berasakan kejuaraan berada dalam genggaman kami, kami datang ke sini dan mampu untuk mencatat kemenangan. Kadang-kala kami terpaksa mengaku kalah," kata pertahanan tengah England itu kepada TV Chelsea.
Terry menambah, mereka ke Old Trafford harapan dan doa bahawa mampu memulakan permainan dengan baik, tetapi keadaan berlaku sebaliknya.
"United pula yang beraksi hebat dan berjaya mendapatkan gol awal, yang meletakkan mereka berada dalam keadaan lebih selesa.
"Namun pada babak pertama, kami tidak layak sama sekali untuk diberi pujian. Saya fikir, pada separuh masa kedua, kami tidak rugi apa-apa dan kami meneruskan permainan dan berjaya mendominasi perlawanan,'' katanya.[utusan]

*cuba lagi tahun depan...

4 Pengulas Sukan:

Filippo berkata...

torres ni apa cite 15 games sebijik gol je score..hehe

arituarini berkata...

kaki kena santau kot bro..hehehe..tgok musim depan la mcm mana pulak..

Xyz berkata...

apa nak jadi dgn chelsea ni. huhu

arituarini berkata...

hehehe..entah la...cuba tahun depan la pulak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...