Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas memberikan isyarat jelas mengenai  kepentingan Fernando Torres dalam skuadnya bagi perancangan jangka masa  panjang apabila beliau menyenaraikan nama pemain itu bagi perlawanan  Liga Juara-Juara menentang Genk, awal pagi esok.
Torres diketepikan dalam dua perlawanan terakhir Chelsea berikutan  kad merah yang diterimanya ketika menentang Swansea pada 24 September  lalu namun penggantungan itu tidak membabitkan aksi di Eropah sekali gus  membolehkan penyerang Sepanyol itu beraksi menentang Genk di Stamford  Bridge.
Sebelum dia dibuang padang kerana melakukan  terjahan menggunakan kedua-dua kakinya ke atas Mark Gower, Torres  akhirnya berjaya mempamerkan kembali naluri pemusnahnya yang mendorong  pemilik Chelsea, Roman Abramovich memecahkan rekod perpindahan termahal   British dengan bayaran 50 juta (RM246 juta) kepada Liverpool, Januari  lalu.
Walaupun dia mensia-siakan peluang mudah untuk menjaringkan gol  menentang Manchester United, dia berjaya menyumbat satu gol dalam  perlawanan itu dan ketika menentang Swansea.Namun ketika  ketiadaan Torres membolehkan Daniel Sturridge mengambil tempat dalam  pasukan dengan Villas-Boas mengatur permainan menyerang menentang Bolton  dan Everton.
Villas-Boas mungkin berminat untuk  mengekalkan Sturridge, Didier Drogba dan Juan Mata bagi membentuk  jentera serangan namun beliau sedar keputusan itu boleh menjejaskan  kebangkitan Torres.
“Jika kami tidak membuat keputusan mengenai dirinya, ia akan  membuatkan dia tidak beraksi dalam tempoh yang lama,” kata Villas-Boas.“Namun dia mengekalkan kecergasan dalam latihan dan bermain untuk Sepanyol.
“Ia keputusan yang kami harus lakukan dan keputusan ini dibuat atas  kepentingan pasukan.”    Skuad kendalian Villas-Boas akan turun beraksi  menentang Genk dengan penuh semangat hasil kemenangan 3-1 ke atas Everton Ahad lalu sekali gus merapatkan jurang satu mata dengan  Manchester United dan kekal tiga mata di belakang pendahulu Manchester  City.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan