9 Jun 2011

Chelsea lancar bidaan baru RM115j untuk Neymar

Chelsea sanggup menawarkan RM115 juta 
untuk mendapatkan Neymar



Chelsea melancarkan bidaan baru untuk mendapatkan penyerang sensasi Brazil, Neymar dengan sanggup menawarkan 23 juta pound (RM115 juta).
Gergasi bola sepak Liga Perdana England itu sebelum ini menawarkan 19 juta pound (RM95 juta) bagi mendapatkan bintang muda Santos itu, namun tawaran tersebut telah ditolak.

Pemilik Chelsea, jutawan Rusia, Roman Abramovich yang memberi keutamaan kepada misi mendapatkan penyerang muda berbakat itu dikatakan sanggup merendah diri untuk berjumpa sendiri dengan Neymar, 19, secara peribadi bagi mempelawanya ke London.
Sumber Chelsea berkata, Abramovich sendiri bersedia terlibat secara langsung dalam usaha mendapatkan tandatangan Neymar.
"Beliau (Abramovich) bersedia untuk bertemu dengan Neymar bagi membuktikan keikhlasan dan betapa khidmatnya dikehendaki di Stamford Bridge," jelas sumber tersebut.
Berita ketibaan Neymar itu pasti akan meningkatkan lagi spekulasi mengenai masa depan dua penyerang veteran, Didier Drogba dan Nicolas Anelka.
Kedua-dua penyerang tersebut telah pun disebut-sebut bakal meninggalkan kelab London itu sejak kehadiran Fernando Torres yang dibeli dengan bayaran 50 juta pound (RM250 juta) dari Liverpol.
Sementara itu jurulatih dari Belanda, Guus Hiddink malam kelmarin mendedahkan beliau sedang menunggu tawaran untuk kembali ke Stamford Bridge.
Hiddink mengakui, beliau sentiasa berhubung dengan Abramovich sejak dilantik mengendalikan Chelsea sebagai pengurus sementara pada 2009.
"Terdapat banyak spekulasi mengenai Chelsea tetapi jika ada tawaran yang lebih konkrit, saya bersedia mempertimbangkannya,'' ujar Hiddink.
Hiddink, 64, yang selama ini menegaskan beliau tetap komited terhadap tugas sekarang sebagai jurulatih skuad kebangsaan Turki mengakui, segala-galanya mampu berubah jika pasukannya kalah kepada Belgium pada saingan kelayakkan Kejohanan Eropah (Euro) 2012, Jumaat depan.
"Kalau kami tewas, saya boleh bayangkan mereka mungkin minta saya meletak jawatan," katanya lagi.

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...