Kapten Chelsea, John Terry menggesa rakan sepasukannya agar mencipta kemenangan yang bermakna kepada The Blues bagi memberi peluang kepada Roberto Di Matteo untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai pengendali di kelab itu.
Ini kerana, kemenangan di halaman sendiri itu awal pagi esok akan mencerahkan masa depan Di Matteo untuk kekal sebagai pengurus The Blues.
"Dengan membawa kejayaan ini kepada Chelsea, ia akan memberi kedudukan yang baik kepada Di Matteo," kata Terry.
Sebelum ini beliau dilantik selaku pengendali sementara di Stamford Bridge selepas pemiliknya memecat Abdre Villa-Boas.
Rekod pertemuan antara kedua-dua pasukan ini dilihat Chelsea mempunyai harapan untuk membenam Liverpool apabila telah memenangi Lima daripada sembilan perlawanan Piala FA dengan Liverpool.
Pada masa sama, Terry turut memuji perubahan yang dilakukan oleh Roberto Di Matteo kepada kelab Chelsea dimana ia telah membantu kelab itu mencapai peringkat cemerlangsehingga layak ka final Piala FA, Liga Juara-juara dan perebutan untuk menamatkan musim ini dengan kedudukan keemoat teratas Liga Perdana Inggeris.
"Beliau seorang yang bersemangat, malah seorang pengurus yang baik untuk terus kendalikan kelab ini," tambah Terry.
Bagaimanapun Terry tetap yakin Chelsea berada di prestasi yang terbaik untuk menewaskan Liverpool berikutan The Reds kini mengalami musim yang buruk setelah tewas tujuh perlawanan Liga yang sebelum ini dilihat kalah 1-0 ditangan Fulham.
Bagaimanapun, Di Matteo tetap menganggap masa depannya di kelab itu adalah tidak penting buat masa sekarang kerana perkara yang perlu diutamakan adalah menjelang perlawanan antara Chelsea dengan Liverpool.
"Saya hanya memikirkan mengenai perlawanan esok sahaja dan berharap dapat membawa balik Piala FA.
"Mengenai masa depan di Stamford Bridge, biar pihak pengurusan Itali yang uruskan dan buat kepuusan," tegas Di Matteo.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan