ROBERTO Di Matteo mahu meninggalkan Chelsea melainkan jika beliau mendapat jawatan pengurus tetap untuk satu tempoh kekal dan lebih daripada setahun.
Pengendali dari Itali itu berhadapan dengan 'krisis' selepas ditawarkan perjanjian 12 bulan oleh pemilik Chelsea, Roman Abramovich dengan kedudukannya akan dikaji semula depan.
Menurut laporan The Sun, Di Matteo, 41, percaya dengan memenangi Liga Juara-Juara dan Piala FA seharusnya sudah cukup untuk memberikannya jawatan tetap.
Beliau tidak bersedia untuk melalui perbincangan pusingan baru pada tahun depan.Ketua Eksekutif Chelsea, Ron Gourlay berkata, "kita tahu Robbie (Di Matteo) boleh pergi ke tempat lain."
"Dia sedar yang kita sudah bersedia untuk bercakap. Dalam beberapa hari yang akan datang, Robbie akan menjadi yang pertama dalam perbincangan kita.
"Pemain-pemain akan melapor diri kembali pada 4 Julai. Dalam dunia ideal, kita mahu jurulatih tersebut ketika itu." jelasnya.Gourlay menambah, "pemilik dan lembaga akan memutuskan cara terbaik untuk maju ke hadapan."
Di Matteo mengambil alih tugas pengurus buat sementara selepas Andre Villas Boas dipecat 4 Mac lalu.Sebelum itu, beliau hanyalah pembantu kepada pengendali dari Portugis itu.
Di Matteo membawa kejayaan besar kepada pasukan dengan memenangi Piala FA dan Liga Juara-Juara musim ini.[sumber]
1 Pengulas Sukan:
bagi je jawatan 2
Catat Ulasan