Roberto Di Matteo mungkin menggandingkan Didier Drogba dan Fernando Torres pada final Liga Juara-Juara selepas gandingan itu berjaya memastikan Chelsea menewaskan Blackburn.
Drogba dan Torres dimasukkan sebagai pemain gantian dengan baki 21 minit perlawanan terakhir Liga Perdana Ahad lalu ketika Chelsea menumpaskan Blackburn, 2-1 di Stamford Bridge.
Pengurus sementara, Di Matteo belum pernah menurunkan gandingan itu dalam kesebelasan utama sejak menjadi pengurus Chelsea lebih dua bulan lalu, namun kini mengesahkan untuk menggunakan gandingan berpotensi itu bagi menentang Bayern Munich selepas berjaya menundukkan Blackburn.
“Saya mencuba untuk melihat hasilnya,” kata Di Matteo. “Keadaan selalu sukar kerana lawan yang dihadapi berbeza.
“Tapi kami akan terus cuba mengatasinya dengan kaedah lain.” Penyenaraian Drogba dan Torres dalam kesebelasan utama tidak pernah terfikir hinggalah pertemuan Chelsea dengan Barcelona di separuh akhir Liga Juara-Juara.
Kedua-dua pemain itu tidak berfungsi sebagai gandingan serasi apabila diturunkan bersama tidak kira sama ada ketika menjaringkan gol atau sebaliknya dalam 36 perlawanan sebelum ini.
Walaupun belum pasti akan memperjudikan gandingan itu untuk diturunkan dalam perlawanan paling penting musim ini, namun dengan masalah penggantungan empat pemain dan tiga pemain yang masih diulit kecederaan, tindakan itu tidak mustahil dilakukan di Allianz Arena, awal pagi Ahad ini.
Drogba mungkin diturunkan di awal permainan dalam perlawanan yang mungkin terakhir buatnya bersama Chelsea dengan dibantu gandingan Juan Mata dan Salomon Kalou, dengan satu lagi posisi diisi sama ada Frank Lampard, Florent Malouda, Daniel Sturridge ataupun Torres.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan