Gianfranco Zola menyarankan kepada Chelsea untuk melantik Roberto Di Matteo mengalas tugas sebagai pengurus tetap selepas bekas rakan pasukannya itu berjaya membimbing Blues menjulang mahkota Liga Juara-Juara buat kali pertama.
Bekas penyerang Chelsea, Zola berkata Di Matteo yang dilantik sebagai pengurus sementara Mac lalu, layak untuk terus memegang jawatan itu berdasarkan kemenangan penuh dramatik skuad dari London menewaskan Bayern Munich di Allianz Arena.
“Saya harap Roberto akan menjadi pengurus tahun depan kerana beliau sememangnya layak. Biar apapun yang beliau lakukan, beliau seorang legenda Chelsea, tidak hanya sebagai pemain malah sebagai pengurus dan itu satu pencapaian yang membanggakan.
” Di Matteo menolak untuk mengulas mengenai masa depannya di Stamford Bridge dengan pemimpin tertinggi kelab berkata, tiada sebarang perbincangan dibuat sehingga musim tamat.
Bekas jurulatih Chelsea, Avram Grant turut yakin Di Matteo perlu terus dikekalkan. Grant yang mengemudi Chelsea mara ke final 2008 di Moscow berkata, Di Matteo adalah satu pilihan yang logik untuk mengendalikan kelab itu.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan