Ejen Eden Hazard mendakwa beberapa terma sudah dipersetujui dengan Chelsea, Manchester City dan Manchester United namun pemain itu belum membuat keputusan muktamad pasukan mana yang akan disertainya musim depan.
Bintang Belgium itu melengkapkan karier di Lille dengan bergaya selepas hatrik menakjubkan ketika pasukannya menamatkan kempen Ligue 1 dengan kemenangan 4-1 ke atas Nancy, Ahad lalu dan difahamkan akan mendedahkan destinasi berikutnya selepas perlawanan itu.
Dua kelab Manchester bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan tandatangan Hazard namun pemain berusia 21 tahun itu mengaku kejayaan Chelsea memenangi Liga Juara-Juara di Munich awal pagi Ahad lalu menyebabkannya memikirkan semula pilihannya.
Blues dikatakan menjadi pilihan utama dengan City dan United difahamkan tidak mampu memenuhi permintaan gaji 200,000 (RM990,000) seminggu namun wakilnya John Bico mendakwa semua terma sudah dipersetujui dengan tiga kelab itu.
“Kami tidak lagi di peringkat rundingan. Kami sudah bersetuju dengan semua pihak terbabit.“Eden memberitahu mahu ia diselesaikan sebelum 2 Jun. Dia akan memutuskan selepas perlawanan Belgium menentang Montenegro dan England, kemudian bercuti dengan penuh ketenangan,” ulas Bico di akhbar Daily Telegraph.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan