Penyerang Chelsea Fernando Torres meragui masa depannya bersama kelab yang baru dinobatkan sebagai juara baru Eropah, apabila menyifatkan musim lepas adalah yang paling sukar sepanjang kariernya.
Pemain antarabangsa Sepanyol bernilai 50 juta pound (RM247 juta) itu sekadar meledakkan enam gol dalam aksi liga musim ini.
Dia memberitahu akhbar sukan Sepanyol bahawa dia amat kecewa tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich, kelmarin.
Tambahnya, dia mahukan kejelasan berhubung peranannya di dalam pasukan."Musim ini saya terpaksa menempuhi perkara yang tidak pernah saya alami sebelum ini. Layanan yang saya terima tidak saya jangkakan sama sekali, bukan cara yang mereka janjikan sewaktu saya menandatangani kontrak dengan kelab.
"Kami ada berbual dan sekarang musim telah pun tamat, kami akan berbincang tentang masa depan saya kerana apa yang saya telah lalui tahun tidak seperti yang diharapkan.
"Permainan saya ada turun dan naik, tetapi banyak kali saya rasa kehilangan. Saya tidak pasti apa yang perlu dilakukan, saya seperti orang yang hilang punca," katanya.
Torres dibawa masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-84 di Allianz Arena kelmarin, berjaya mendapatkan sepakan sudut yang membuka laluan kepada Didier Drogba menjaringkan gol penyamaan, tetapi pemain itu tidak ditugaskan mengambil sepakan penalti.
Walaupun sumbangannya kepada pasukan terhad dalam aksi kelmarin, Torres mengakui pencapaian tidak diduga Chelsea memenangi Liga Juara-Juara sedikit sebanyak mengubati kelukaan hatinya selepas mengharungi tahun yang mencabar sejak menyarung jersi kelab dari barat London itu.
"Kemenangan di Munich mengubati kekecewaan saya, tetapi saya mahukan seseorang memaklumkan kepada saya apa yang bakal berlaku pada masa depan.
"Sekarang saya berasakan bola sepak masih bernilai tetapi saya terpaksa mengharungi pengalaman mengecewakan dan ia yang terburuk dalam karier saya. Saya tidak mahu mengenang kembali," katanya.Torres menyertai Blues dari Liverpool pada Januari 2011 tetapi terpaksa bergelut dengan prestasi terbaiknya sejak berpindah ke London.
Penyerang tersebut hanya meledak 11 gol dalam semua pertandingan musim ini dan pada satu ketika dia yang kemarau gol berjaya menjaringkan dua gol pada pertemuan Piala FA menentang Leicester Mac lalu.[sumber]
ArulchelseA:jika drogba kekal musim depan..sebaik torres angkat kaki..jika tidak prestasinya pasti merudum..itu yang terbaik untuk dia..
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan