Petr Cech berharap sambutan hari jadinya tidak suram dengan penjaga gol Chelsea itu genap 30 tahun sehari selepas final Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich.
Penjaga gol Republik Czech itu, yang dilahirkan pada 20 Mei 1982, berharap dia mempunyai alasan untuk menyambut permulaan dekad keempat dalam usianya sehari lebih awal, selepas pertembungan final awal pagi esok.
“Saya belum memikirkan mengenai hari jadi tapi saya percaya boleh mendapat hadiah hari jadi sehari lebih awal,” kata Cech.
“Saya mahu meraikannya dengan trofi itu. Jika kami kalah, saya fikir tidak ada gunanya menyambut hari jadi.”
Kemenangan 2-1 ke atas Liverpool pada final Piala FA pada 5 Mei lalu sudah memastikan musim turun naik Blues akan berakhir dengan sekurang-kurangnya satu trofi kejuaraan, namun Cech sedar keputusan di Munich akan menjadi pengukur sebenar kempen mereka musim ini.
“Musim kami akan dinilai selepas final Liga Juara-Juara,” katanya. “Ia memberikan rangsangan hebat bagaimana seluruh musim dinilai.”
Kempen Chelsea menyaksikan pergolakan dengan Andre Villas-Boas gagal menamatkan musim pertamanya sebagai pengurus dan Roberto Di Matteo diberikan tugas sebagai pengurus sementara menggantikannya.
“Tidak kira apa keputusannya, musim ini tetap positif buat saya kerana kami menang Piala FA dan saya berjaya mengekalkan tahap permainan tinggi sepanjang masa,”[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan