17 Mei 2012

Tugas sukar chelsea - Roberto Di Matteo

Roberto Di Matteo berdepan dugaan paling sukar sepanjang memikul tugas sebagai pengurus kerana bakal mengetuai skuad berdepan masalah kecederaan dan penggantungan perlawanan apabila bertemu Bayern Munich pada pentas final Liga Juara-Juara, awal pagi Ahad ini.


Hanya 10 minggu selepas mengambil alih tugas di Stamford Bridge berikutan pemecatan Andre Villas-Boas, Di Matteo menyaksikan kecemerlangan anak buahnya, termasuk menyingkirkan Barcelona pada aksi separuh akhir.

Namun pengendali dari Itali itu percaya kemenangan ke atas Bayern di tempat lawan hujung minggu ini pastinya kejayaan paling bermakna.

Chelsea beraksi tanpa John Terry dan pemain pertahanan, Branislav Ivanovic, Ramires dan Raul Meireles kerana hukuman penggantungan perlawanan.

Di Matteo turut risau dengan tahap kecergasan Gary Cahill dan David Luiz serta pemain tengah, Florent Malouda.

Dengan semua masalah itu, Di Matteo mengaku berdepan tugas paling mencabar sepanjang kariernya sebagai pengurus.

“Dengan semua masalah yang kami hadapi, ia menyebabkan saya pening kepala,” kata pengendali berusia 41 tahun itu.

Di sebalik kejayaannya mengubah nasib Chelsea, termasuk memenangi Piala FA serta beraksi pada pentas final Liga Juara-Juara, Di Matteo masa depannya bersama Chelsea belum terjamin.

Chelsea belum memutuskan pengganti sebenar Villas-Boas hingga tamat musim ini dan Di Matteo sedia menunggu apa juga jawapannya.

“Ia hanya menyebabkan saya mahu lebih bekerja keras untuk kelab ini. Itu saja yang saya mahu lakukan. Apa saja yang berlaku lepas itu, pasti ada alasan munasabah,” katanya.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...