Dengan mempamerkan permainan cemerlang dan bertenaga sejak awal pertemuan, gol Chelsea dijaringkan pada minit ke-11 oleh Ramires dan disusuli menerusi jaringan Didier Drogba pada minit ke-52.
Liverpool yang dilihat kurang menyengat di peringkat awal perlawanan, hanya menjaringkan gol pada minit ke-64 menerusi Andy Carroll.
Carroll sekali lagi menanduk bola ke arah gawang, kira-kira 15 minit kemudian dan mencetuskan kontroversi, tetapi berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Chelsea.
Penjaga garisan juga memutuskan tandukan Carroll tidak boleh dianggap sebagai gol.Liverpool yang gagal mempamerkan prestasi cemerlang dalam persaingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, sekali lagi terlepas peluang untuk menambah gelaran.
Kemenangan hari ini juga bermakna bagi pengurus sementara Chelsea, Roberto Di Matteo, dan sudah pasti mahu menggunakan kejayaan terbaru ini sebagai bekalan untuk memburu gelaran Liga Juara-juara.
Di Matteo, 41, pernah menang Piala FA dua kali atas kapasiti sebagai pemain tengah Chelsea iaitu pada 1997 dan 2000.
Kejayaan hari ini satu lagi perkembangan baik bagi Chelsea.Di bawah kepimpinan Di Matteo, Chelsea telah mempamerkan perkembangan menakjubkan sejak pertengahan Mac lalu - mara ke perlawanan akhir Piala FA dan Liga Juara-juara selain berada di tempat empat teratas EPL.[sumber]
Highlights Chelsea vs Liverpool 2-1
ArulchelseA: tahniah..Chelsea tetap juara bertahan..yahooooo...Juara UCL plak lepas ni..
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan