Andre Villas-Boas dijangka meletakkan Fernando Torres di bangku simpanan pada permulaan saingan Liga Perdana England musim ini.Pengurus baharu Chelsea itu mahu skuad The Blues memulakan saingan dengan langkah cemerlang, tatkala Torres pula masih gagal mempamerkan aksi memberangsangkan sepanjang aksi pramusim.Dengan situasi tersebut, Didier Drogba bakal menjadi pilihan utama Villas-Boas menerusi sistem formasi 4-3-3 bagi menghadapi aksi pertama menentang Stoke City penghujung minggu depan dengan Tor- res hanya akan tampil sebagai watak pemain gantian.
Torres hanya menjaringkan satu gol sepanjang 18 penampilan musim lalu sejak dia memecah rekod
perpindahan di Britain dengan harga £50 juta (RM245 juta) daripada Liverpool, Januari lalu.Hanya ketika bertemu Aston Villa pada final Trofi Liga Perdana Asia di Hong Kong, Torres menjaringkan gol keduanya bersama Chelsea.Drogba tampak lebih menampilkan aksi memberangsangkan sepanjang enam perlawanan pramusim Chelsea yang akan berakhir de- ngan pertemuan dengan juara Scotland, Rangers malam ini.
Namun Torres masih mempunyai masa untuk membuktikan kemampuannya pada aksi menentang Rangers itu dan juga sepanjang sesi latihan minggu depan bagi meyakinkan Villas-Boas menurunkannya pada aksi sulung liga di Stadium Britannia nanti.Bagaimanapun, seorang lagi pemain, Florent Malouda turut mengintai peluang setelah berjaya mempamerkan aksi membanggakan se- panjang siri jelajah pramusim The Blues.[sumber]
Darah jadi putih kerana makan daging?
-
Seorang lelaki yang makan terlalu banyak daging terkejut selepas
mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao,...
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan