19 Mei 2012

Luiz teruja beraksi di final

David Luiz mungkin berasal dari Sao Paulo namun kehebatan Liga Juara-Juara dari sudut global menyebabkan pemain Brazil itu tidak teragak-agak pentingnya beraksi mewakili Chelsea pada final menentang Bayern Munich, awal pagi esok.


Ia musim turun naik buat Luiz di England selepas tiba dari kelab Portugis, Benfica pada Januari tahun lalu.

Sekalipun pemain Amerika Selatan itu pastinya berharap pasukannya menamatkan kempen Liga Perdana lebih bagus daripada kedudukan tangga keenam musim ini, Chelsea melakar kejayaan selepas itu, memenangi Piala FA dan layak ke final pertandingan kelab utama Eropah.

Luiz, bagaimanapun terlepas aksi di Stadium Wembley ketika menewaskan Liverpool akibat kecederaan begitu juga kedua-dua perlawanan separuh akhir menentang Barcelona.

Pemain berusia 25 tahun itu teruja memiliki peluang bermain pada perlawanan penentu kejuaraan di Allianz Arena, awal pagi esok.

“Final ini impian saya,” kata pemain antarabangsa Brazil itu. “Beberapa tahun lalu saya mengimpikan bermain pada final ini dan ia kini menjadi kenyataan. Setiap pemain mahukan peluang ini dan saya perlu menikmati saat-saat ini.”

 “Apabila turun beraksi menentang pasukan besar, pastinya tertekan,” kata Luiz, yang beraksi dalam 10 perlawanan Liga Juara-Juara musim ini.

 “Perasaan itu sama pada perlawanan pertama musim dan pada final Liga Juara-Juara. Bayern sebuah pasukan besar. Orang asyik bercakap mereka beraksi di gelanggang sendiri, ia mengurangkan sedikit tekanan buat Chelsea tapi pemain tahu pentingnya untuk menang final ini.”[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...