11 Mei 2012

Di Matteo masih belum selamat

Pemilik Chelsea, Roman Ab- ramovich dilaporkan bakal memecat pengendali sementara skuad The Blues, Roberto Di Matteo meskipun berjaya merangkul trofi Liga Juara-Juara musim ini.


Masa depan Di Matteo di Stamford Bridge masih belum pasti meskipun beliau berjaya membantu Chelsea menjulang trofi Piala FA dengan menewaskan Liverpool 2-1 di Stadium Wembley, Ahad lalu.

Sumber dalaman Chelsea memberitahu, Abramovich bersedia untuk membawa masuk jurulatih yang hebat bagi mengendalikan Chelsea musim depan.

Namun, situasi itu tidak menggugat konsentrasi Di Matteo yang berazam mahu membuktikan kehebatannya pada aksi menentang Bayern Munich di Stadium Allianz Arena, 20 Mei ini.

"Di Matteo dijangka akan memberikan aksi yang terbaik pada pertemuan menentang Bayern itu walaupun sedar beliau belum pasti kekal sebagai pengurus Chelsea," menurut sumber itu.

Ketika ini, kedudukan Di Matteo masih belum selamat apabila beliau tidak diberikan kata putus oleh pihak penguru- san kelab.

"Ketika memohon jadual latihan musim depan, Di Matteo hanya diberikan jadual untuk jangka pendek. Sebab itu, Di Mat- teo tahu khidmatnya mungkin tidak diperlukan.

"Sudah tentu beliau kecewa, terutamanya selepas berjaya memulihkan semula reputasi skuad The Blues sebaik mengambil alih jawatan Andre Villas Boas.

"Kejayaan menjulang trofi Piala FA cukup istimewa tetapi secara asasnya, tidak ada apa yang berubah," katanya.

Abramovich sebelum ini dilaporkan bersedia membawa masuk bekas jurulatih Barcelona, Pep Guardiola, Laurent Blanc (Perancis) dan juga bekas jurulatih England, Fabio Capello sebagai pengurus ketujuh Chelsea dalam tempoh lapan tahun. -[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...