Penjaga gol Chelsea, Petr Cech yakin Roberto Di Matteo akan menurunkan Fernando Torres dan Didier Drogba pada perlawanan menentang Newcastle, awal pagi esok bagi menutup peluang pasukan lawan itu merebut kedudukan empat pasukan terbaik.
Pengurus sementara Blues, Di Matteo sebelum ini kerap menggilirkan Torres dan Drogba yang menyaksikan bahagian serangan mereka berjaya menghasilkan keputusan baik sejak beberapa minggu lalu.
Bagaimanapun, Cech berminat untuk melihat kedua-dua penyerang itu bergandingan dalam kunjungan Newcastle ke Stamford Bridge bagi pertembungan getir Liga Perdana.
Selepas aksi kurang memberangsangkan dalam tempoh 15 bulan bersama Chelsea, Torres akhirnya kembali menemui sentuhan.
Dia menjaringkan gol penting pada separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Barcelona minggu lalu disusuli hatrik pertama sejak September 2009 ketika membantu Chelsea membelasah QPR, 6-1 Ahad lalu.
Kebangkitan Torres itu hadir ketika Drogba turut berada di prestasi terbaik dengan kedua-dua penyerang itu menjaringkan enam gol dalam lima perlawanan terakhir Chelsea.
Chelsea yang terdesak meraih kemenangan pada aksi esok bagi memintas Magpies di tangga kelima dan Tottenham di tangga keempat untuk merebut kelayakan Liga Juara-Juara, Cech berkata: “Saya tidak tahu siapa yang akan beraksi, tapi saya lebih suka kedua-dua penyerang itu beraksi.
“Saya percaya ia tidak mustahil. Saya pasti suatu hari nanti ia akan terjadi dan mereka akan menjaringkan banyak gol.”[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan