17 Mei 2012

Barcelona minat Drogba

 Barcelona mengintai peluang untuk mendapatkan Didier Drogba menerusi perpindahan percuma dari Chelsea.


Gergasi bola sepak Sepanyol itu bersedia menawarkan Drogba, 34, kontrak dua tahun bernilai 5 juta pound (RM24.8 juta) semusim jika dia meninggalkan Chelsea. Sebelum ini, Drogba dikatakan mahu berpindah ke China, Milan atau pun Amerika Syarikat.

Chelsea turut menawarkan penyerang tersebut perjanjian dua tahun dalam usaha pemilik kelab Roman Abramovich mengekalkan Droga bersama Blues.

Namun Drogba, yang kontraknya telah berakhir mungkin meninggalkan Blues selepas perlawanan akhir Liga Juara-Juara, Ahad ini.

Walaupun berpindah ke Shanghai FC mungkin satu langkah yang jauh lebih menguntungkan, tarikan bermain bersama Lionel Messi dan rakan sepasukannya yang lain sukar untuk ditolak oleh bintang Ivory Coast itu.

Sumber Barcelona mengesahkan: "Apa yang Barca perlukan ialah seorang pemain penyerang. Kehadirannya mampu mengkucar-kacirkan pertahanan lawan.

"Drogba memiliki ciri-ciri tersebut dan merupakan antara pemain yang kami mahukan."Drogba lapan musim di Stamford Bridge dan bos baru Barca, Tito Vilanova yang menjadi pengganti Pep Guardiola mencari bintang penyerang berkelas dunia bagi membantu David Villa.

Bintang Sepanyol itu tidak beraksi hampir keseluruhan musim kerana kecederaan kaki, tetapi dijangka cergas musim depan.

Gergasi Itali, AC Milan yang mahukan Drogba sejak sekian lama, turut mengumumkan minat mereka selepas Chelsea menewaskan Barcelona pada separuh akhir Liga Juara-Juara.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...