22 Mei 2012

Villa mahukan Di Matteo

Pengurus sementara Chelsea, Roberto Di Matteo yang membawa Blues memperoleh kejuaraan Liga Juara-Juara terkejut apabila menjadi sasaran Aston Villa untuk mengendalikan kelab Liga Perdana Inggeris itu.


Skuad bimbingan Di Matteo berjaya menjulang trofi Eropah selepas menang melalui penentuan sepakan penalti menentang Bayern Munich pada Ahad lalu, namun sehingga kini masa depannya masih belum pasti untuk terus bersama Chelsea.

Malah Di Matteo dijangka mendapatkan kepastian berhubung kedudukannya ketika ini melalui perbincangan bersama pemilik Chelsea, Roman Abramovich minggu ini.

Seandainya Di Matteo tidak dapat meneruskan tugasnya di Stamford Bridge pihak pengurusan Villa sedia mendapatkan warga Itali itu.

Sebelum kemenangan Ahad lalu, Abramovich disarankan dengan idea untuk mengekalkan Di Matteo sebagai pengurus tetap Blues.

Meskipun telah menjuarai Piala FA dan Liga Juara-Juara namun Abramovich masih lagi dengan sikap berdiam diri terhadap desakan penyokong dan pemain Chelsea yang bersatu di belakang Di Matteo.

Sementara itu pengerusi, Bruce Buck mengesahkan Abramovich merancang untuk berbincang bersama Di Matteo.

Namun difahamkan tiada seorang pun mengetahui apa yang bermain difikiran Abramovich kerana sebelum ini dia pernah merancang untuk membawa Pep Guardiola atau bekas pengurus Jose Mourinho ke Stamford Bridge.

"Saya rasa ketika ini kami tidak fikirkan apa yang bakal berlaku."Kami cuma fikirkan tentang apa yang terbaik buat Chelsea ketika ini," kata Buck.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...