11 Mei 2012

Drogba nekad tinggalkan Blues

Didier Drogba tetap dijangka meninggalkan Chelsea musim panas ini, sekalipun membantu Blues menjuarai Piala FA Inggeris dan layak ke final Liga Juara-Juara.


Walaupun jika Drogba mampu mengemudi kelab itu menang ke atas Bayern Munich pada 19 Mei ini, permintaan penyerang itu untuk menandatangani kontrak dua tahun mungkin tidak dilayan.

Pegawai atasan di Stamford Bridge sudah bersedia memutuskan berakhirnya karier penyerang Chelsea berusia 34 tahun itu sekalipun dia amat diminati penyokong dan antara pengaruh besar di kalangan rakan sepasukannya.

Drogba sudah menjaringkan 12 gol musim ini, termasuk apa yang dilihat sebagai gol kemenangan menentang Liverpool di Stadium Wembley, Sabtu lalu, kejuaraan Piala FA ketiga dalam kariernya.

Namun wujud tanggapan di kalangan pegawai atasan Chelsea bahawa Drogba hanya mempamerkan aksi terbaiknya di pentas tertinggi dan kini berazam untuk membentuk pasukan baru diketuai penyerang Sepanyol, Fernando Torres.

Bintang Ivory Coast itu sudah bersama Blues sejak 2004 dan melakukan lebih 300 penampilan buat kelab itu, namun kontrak semasanya berakhir musim panas ini.[sumber]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...