Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas (gambar) tetap yakin pasukannya  mampu menjadi pencabar utama merebut kejuaraan Liga Perdana England  musim ini.Pada aksi pembukaan liga malam kelmarin, skuad The Blues bermula hambar apabila sekadar seri 0-0 dengan Stoke City.
Buat pertama kali sepanjang 12 musim lalu, Chelsea gagal meraih  kemenangan pada aksi sulung sambil Stoke ternyata liat untuk dijinakkan  di gelanggang keramat mereka, Stadium Britannia.Penjaga gol Stoke, Asmir Begovic menafikan jaringan buat pasukan  pelawat dengan menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya sambil Chelsea  mendakwa mereka sepatutnya dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-55  setelah Frank Lampard dijatuh- kan Marc Wilson.
Seri adalah keputusan terbaik buat kedua-dua pasukan, tetapi  Villas-Boas yakin persembahan Chelsea pada babak kedua menampakkan  bahawa mereka masih mampu mencabar juara bertahan, Manchester United.
"Musim lalu kami di tangga kedua. Jadi musim ini kami mahu berada di  tangga teratas. Kami mungkin akan menandatangani pemain baharu dan  mungkin juga tidak.
"Masih terdapat masa untuk membuat keputusan dan pasaran jual beli  pemain tampak kembali hangat sejak beberapa minggu lalu. Ia sesuatu yang  normal."Tetapi kejuaraan liga merupakan keutamaan kami. Sudah tentu saya  akan lebih gembira jika menang perlawanan pertama ini. Bagi saya, ia  aksi tempat lawan paling sukar.
"Apa pun satu mata di Stoke ini bukanlah sesuatu yang teruk. Ia  mungkin bukan permulaan hebat tetapi kami tetap gembira kerana dapat  meningkatkan permainan pada babak kedua.
"Kami akan cuba teruskan peningkatan apabila berdepan West Bromwich dan Norwich City selepas ini," kata Villas-Boas.Gaya permainan keras Stoke telah banyak mendapat rungutan pengurus  kelab-kelab Liga Perdana England dan Villas-Boas muncul individu terbaru  yang menyifatkan ia taktik yang cukup agresif.
"Mereka melakukan tolakan dan kekasaran. Ia sesuatu yang sukar.  Pengadil perlu fokus melihat setiap pergerakan bola dan berhati-hati  dengan beberapa situasi," jelasnya.[sumber]
Darah jadi putih kerana makan daging?
                      -
                    
  Seorang lelaki yang makan terlalu banyak daging terkejut selepas 
mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao,...
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan