9 Jun 2011

Chelsea sedia belanja RM455j

Pemain sensasi Brazil, Neymar menjadi buruan utama Chelsea untuk menguatkan skuad itu musim depan.

Luka Modric, Alexis Sanchez serta sasaran utama, Neymar mengetuai senarai bintang yang ingin dibawa masuk pemilik Chelsea, Roman Abramovich musim depan dengan kesemuanya bakal memaksa jutawan Rusia itu berbelanja 90 juta pound (RM455 juta Malah terbaru, bintang tengah Inter Milan dan Belanda, Wesley Sneijder turut berada dalam senarai gergasi bola sepak Liga Perdana England itu, sekali gus bakal menjadikan mereka sebagai kelab yang paling banyak berbelanja andai semua pemain yang diburu itu mampu dimiliki.
Abramovich membenarkan sepasukan penasihat, eksekutif kelab dan ejen untuk terus mendapatkan perjanjian sepanjang pasaran perpindahan dibuka untuk membina semula sebuah pasukan yang lebih mantap sebelum musim baru bermula.
Tiada satupun daripada perjanjian itu sudah memasuki peringkat terakhir, tetapi tawaran sudah dilakukan dalam usaha Chelsea menambah tenaga muda dan kreativiti untuk menajamkan pasukan. Abramovich memerlukan pemain yang mampu memberi sokongan terbaik kepada bintang penyerang Sepanyol, Fernando Torres yang dibeli dengan harga 50 juta pound (RM247 juta), Januari lalu.
Chelsea menyedari, masalah terbesar yang dihadapi Torres musim lalu adalah kurang mendapat sokongan dari rakan-rakan pasukan, justeru mereka merancang untuk membuat perubahan, biarpun sehingga hari ini kelab London itu belum melantik pengurus baru.
Guus Hiddink dijangka mengambil alih kerusi panas pengurus Chelsea, hujung bulan ini, malah pengurus dari Belanda itu sudahpun menjadi penasihat kepada Abramovich dalam usaha membentuk pasukan.
Hiddink sedang bercuti ketika rundingan untuk melepaskannya daripada kontrak bersama skuad kebangsaan Turki masih berlangsung.
Chelsea mungkin perlu menunggu sehingga tamat kempen kelayakan Euro 2012 untuk mendapatkan jurulatih itu, namun Hiddink sudah menjelaskan kepada majikannya sekarang bahawa dia mahu pergi, tetapi tidak menyatakan apakah Chelsea adalah destinasi seterusnya.[utusan]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...