24 Jun 2011

Andre Villas-Boas:perbandingan tak boleh dielakan

Pengurus baru Chelsea, Andre Villas-Boas mengakui perbandingan antara dirinya dengan mentornya yang bekas pengendali Stamford Bridge, Jose Mourinho sebagai sesuatu yang tak dapat dielakkan.Villas-Boas merupakan salah seorang anggota staf kejurulatihan sewaktu Mourinho berkuasa di Chelsea dari 2004 hingga 2007, sebelum mengikutinya pula ke Inter Milan.

"Tiada apa yang boleh dilakukan untuk mengelak diri daripada perbandingan tersebut. Ia adalah sesuatu yang menarik minat media," kata Villas-Boas kepada laman web rasmi Chelsea kelmarin selepas disahkan menandatangani kontrak tiga tahun bersama naib juara Liga Perdana itu.Pengurus muda berusia 33 tahun itu memberitahu, dia menikmati peningkatan prestasi dalam bidang pengurusan sebaik meninggalkan Mourinho untuk mengambil alih di pasukan Liga Portugal, Academica pada Oktober 2009.

"Dalam tempoh sesingkat dua tahun, kami mengecapi begitu banyak kejayaan dan peristiwa menggembirakan. Perkara yang paling penting ialah saya mahu semua pihak tidak melihat permainan ini sebagai pertunjukan solo," katanya.Villas-Boas menambah, dia merasakan sudah tiba masanya untuk mencuba nasib dan atas faktor itu, dia menyertai Academica."Apabila peluang untuk melatih datang kepada saya ketika berada di Inter, keinginan timbul dalam diri bahawa saya ingin memainkan peranan baru dan menghadapi cabaran itu... jadi saya memutuskan untuk meninggalkan Jose," ujarnya.

kan sejibik tu..
Villas-Boas mengambil alih Academica semasa pasukan itu menghuni tangga tercorot liga dan menyelamatkan mereka daripada tersingkir.Berikutan itu, kebolehannya dihidu Porto yang kemudiannya menggajinya sebagai pengurus pada Jun 2010.Dia hanya memerlukan satu musim untuk menyapu bersih kesemua kejuaraan yang disertai Porto apabila mereka merangkul gelaran trebel - Liga Europa, Liga Portugal dan Piala Portugal, di samping menamatkan saingan musim tanpa kalah.Villas-Boas ialah pengurus ketujuh dilantik Chelsea sejak kelab itu diambil alih bilionair Rusia, Roman Abramovich pada 2003.[utusan]
AVB dan Mourinho

ArulchelseA-Memang sama pun..sejibik..

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...