Chelsea berharap mengesahkan status Guus Hiddink sebagai pengurus  barunya dalam tempoh 48 jam walaupun  beliau berdepan saingan saat akhir  dari jurulatih muda Porto, Andre Villas-Boas.Sumber terdekat Chelsea mendakwa pemilik kelab, Roman Abramovich  sudah mencapai kata putus untuk mengisi kekosongan Carlo Ancelotti yang  dipecat dalam tempoh dua jam ketika saingan final pasukan itu di Liga  Perdana, bulan lalu.
Abramovich menerima senarai pendek enam  calon oleh badan kelab, tiga bulan lalu. Bagaimanapun, difahamkan beliau  cenderung memilih  Hiddink sekalipun  masih belum disahkan secara  rasmi.Hiddink dari Belanda disifatkan calon pilihan kelab kerana beliau  calon paling tepat apatah lagi selepas Turki akan melepaskannya dari  kontrak tahun akhir sebagai jurulatih pasukan kebangsaan.
Namun,  presiden Porto, Pinta da Costa berada di London kelmarin dan Abramovich   turut berada di tempat sama untuk meraih prospek perjanjian untuk  Chelsea sedia mengikat Villas-Boas walaupun terpaksa membayar 13 juta  (RM56.3 juta) untuk  syarat pelepasan. - Agensi Jose Mourinho yang juga  bekas mentor Villas-Boas pernah mempunyai syarat pelepasan 25 juta euro  (RM108 juta) dari kontraknya bersama Real Madrid, dan  Abramovich  turut  mempertimbangkannya.Bagaimanapun, dia dijangka melantik Hiddink untuk jangka masa 12 bulan dengan pilihan menyambungnya dan merombak skuad Chelsea.[metro]
ArulchelseA-Memana pun ok..rekod bagus..hiddink pun sudah serasi bersama chelsea
Darah jadi putih kerana makan daging?
                      -
                    
  Seorang lelaki yang makan terlalu banyak daging terkejut selepas 
mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao,...
 


 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan