Bekas pengurus Chelsea, Avram Grant yakin pengurus baharu kelab itu,  Andre Villas-Boas memiliki kemampuan untuk mencipta kejayaan di Stamford  Bridge.Pada usia semuda 33 tahun, Villas-Boas muncul pengurus paling muda  dalam saingan Liga Perdana England selepas dia dilantik menggantikan  Carlo Ancelotti.Terdahulu, bekas pengendali kelab Portugal, FC Porto itu pernah  berkerja di Stamford Bridge sebagai peninjau bakat di bawah pengurus  ketika itu, Jose Mourinho.
Grant yang merupakan Pengarah Teknikal Chelsea sebelum dia tampil  menggantikan Mourinho pada 2007 berkata, Villas-Boas tidak boleh  dibandingkan dengan usia mudanya itu."Dia seorang individu yang bagus, bijak dan berketerampilan. Saya  cukup senang dengannya biarpun pernah kenal untuk tempoh yang singkat. 
"Dia tidak mempunyai pengalaman? Itu tidak benar. Masa akan  menentukannya dan saya yakin dia mampu melakukan tugasnya dengan baik.
"Memang dia muda, tetapi Pep Guardiola ketika mula membimbing  Barcelona juga pada usia muda dengan tanpa pengalaman dan tetap mampu  berjaya," kata Grant.Grant telah dipecat sebagai pengurus West Ham hanya selepas beberapa  jam pasukan itu tersingkir daripada saingan Liga Perdana England musim  lalu. 
"Bola sepak mementingkan keputusan perlawanan. Pengalaman memang  penting, tetapi apa yang lebih penting adalah kualiti dan keupayaan  mengendalikan pasukan untuk maju ke hadapan," jelasnya.
Villas-Boas telah membawa FC Porto muncul juara Liga Portugal, Piala Portugal dan Liga Europa musim ini.[kosmo]
Darah jadi putih kerana makan daging?
                      -
                    
  Seorang lelaki yang makan terlalu banyak daging terkejut selepas 
mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao,...
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan