16 Jun 2011

Chelsea perlu bayar RM218 juta

Javier Pastore
PRESIDEN Palermo, Maurizio Zamparini mahu Chelsea membayar RM218 juta kepada kelab itu jika mahu mendapatkan pemain tengahnya, Javier Pastore (gambar).Zamparini berkata, pemain antarabangsa Argentina itu turut menjadi perhatian Real Madrid dan Barcelona.


“Selain Chelsea, Madrid dan Barca juga berminat mendapatkan Pastore.“Kami mungkin menimbangkan untuk melepaskan dia jika ada di antara kelab terbabit sanggup membayar RM218 juta,” katanya.
Awal bulan ini, Pastore mendakwa menolak tawaran daripada Chelsea selain turut mengakui dihubungi Manchester City.Pastore, 22, menyertai Palermo dua tahun lalu dengan harga RM24 juta. 
[sinar]

ArulchelseA-ok jugak  ni..

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...