Chelsea dilaporkan akan mendapatkan khidmat jurulatih Porto,Andre Villas-Boas musim depan.Menurut laporan media di Portugal semalam,Chelsea bersetuju untuk  membayar 15 juta euro (RM65.4 juta) untuk membatalkan klausa dalam  kontrak Villas-Boas bersama Porto.Begitupun,dalam satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan Porto,  setakat ini (kelab) masih belum menerima informasi bahawa klausa itu  akan aktif atau sebaliknya kerana ia berdasarkan kesanggupan jurulatih  tersebut.
Presiden Porto, Jorge Pinto da Costa memberitahu kelab tidak berupaya  untuk menghalang Villas-Boas daripada menyertai Chelsea sekiranya  pembayaran dibuat bagi membatalkan klausa itu."Sekiranya seseorang memasukkan 15 juta euro (RM65.4 juta) ke dalam  akaun bank kami dan dia (Villas-Boas) mahu pergi, tidak ada apa-apa yang  mampu kami lakukan kerana itu adalah persetujuan kontraktual," katanya."Sekiranya ia tidak berlaku, dia tidak akan meninggalkan kami."
Untuk rekod, Villas-Boas memiliki kontrak bersama Porto sehingga tahun 2013.Pengendali berusia 33 tahun yang merupakan bekas penolong kepada Jose  Mourinho di Chelsea itu dianggap sebagai jurulatih muda paling menonjol  di Eropah.Musim lalu, Villas-Boas berjaya membantu Porto memenangi gelaran  treble, Liga dan Piala Portugal serta Liga Europa pada musim pertama dia  membimbing kelab itu.Dia turut menjadi jurulatih paling muda yang memenangi kejohanan kelab Eropah.
Sekiranya dia berpindah ke saingan Liga Perdana England, ia merupakan  lonjakan karier paling besar untuk seseorang individu yang baru dua  musim menjadi jurulatih kelab selepas berpindah ke Porto dari Academica.
Ketika ini, Chelsea sedang mencari pengganti kepada Carlo Ancelotti  yang dipecat bulan lalu selepas musim kedua berada di Stamford Bridge  tanpa trofi.[kosmo]
ArulchelseA-mana satu ni hiddink ke villas-Boas
Darah jadi putih kerana makan daging?
                      -
                    
  Seorang lelaki yang makan terlalu banyak daging terkejut selepas 
mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao,...
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan