Jurulatih Porto, 
Andre Villas-Boas semakin hampir untuk berpindah ke  kelab Liga Perdana England,Chelsea selepas melepaskan jawatan itu semalam."Porto telah dimaklumkan mengenai hasrat Villas-Boas untuk meletak  jawatan dan secara automatik, klausa dalam kontraknya aktif," menurut  satu kenyataan yang dikeluarkan juara Liga dan Piala Portugal serta Liga  Europa itu.Menurut kenyataan itu lagi, kontrak jurulatih berusia 33 tahun itu  akan terbatal sebaik sahaja menerima deposit berjumlah 
15 juta euro  (RM65.4 juta).
Villas-Boas yang mempunyai kontrak bersama Porto sehingga tahun 2013  telah dikaitkan dengan 
Chelsea yang ketika ini sedang mencari pengurus  baru bagi menggantikan tempat 
Carlo Ancelotti yang dipecat pada Mei  lalu.Sekiranya Chelsea berjaya melengkapkan perjanjian ini, bekas  jurulatih Porto itu akan menjadi pengurus paling muda dalam saingan Liga  Perdana England.Pemilik Chelsea, Roman Abramovich pada mulanya mahu melantik 
Guus Hiddink, 64, sebagai pengurus kelab itu.Namun, masalah mula timbul apabila Hiddink menjelaskan bahawa pada  usia yang sepertinya, dia memerlukan seorang pembantu pengurus yang  terkenal untuk meringankan bebannya.Apabila percubaan mendapatkan pengurus seperti 
Marco van Basten dan  
Steve Clarke menemui kegagalan, The Blues kemudian cuba memancing  Villas-Boas yang mana dia menerima tugas tersebut tetapi hanya sebagai  pengurus sahaja. 
|  | 
| Andre Villas-Boas | 
Abramovich sedar tentang risiko yang dihadapi tetapi dia memutuskan  untuk percaya terhadap kebolehan jurulatih muda itu yang dianggapnya  mampu menjadi hebat seperti 
Jose Mourinho.Villas-Boas, yang banyak mengutip pengalaman di bawah bimbingan Bobby  Robson dan Mourinho, mula melatih Porto sejak musim panas lalu.Dia membawa kelab itu memenangi empat trofi dalam satu musim iaitu  Liga Europa, Liga Portugal, Piala Portugal dan juga Piala Super.Ketibaan Villas-Boas juga mungkin menyaksikan penyerang utama Porto, 
Radamel Falcao turut menyertai Chelsea.
|  | 
| Radamel Falcao | 
Namun pemain Chelsea mungkin memerlukan sedikit masa untuk menerima kehadiran Villas-Boas sebagai pengurus mereka.Ini kerana usia 
Villas-Boas adalah sebaya dengan pemain lain seperti  Didier Drogba dan Frank Lampard yang baru saja menyambut ulang tahun  ke-33 kelmarin.Dia dibawa ke Chelsea oleh Mourinho untuk mengambil data pasukan  lawan, memberi setiap pemain satu video mengenai maklumat khusus tentang  pemain lawan mereka dan juga pasukan tersebut secara keseluruhannya.
Selepas menerima bimbingan daripada Robson, dia kemudian mengikut  Mourinho ke Chelsea dan juga ke Inter Milan, sebelum berpisah apabila  mendapat tawaran menjadi jurulatioh di Academica de Coimbra pada Oktober  2009.Villas-Boas kemudian pulang semula membimbing Porto pada 2009.[
kosmo]
ArulchelseA-umur tak kisah janji pencapaian bagus.
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan