25 Jun 2011

Falcao sertai Chelsea

Chelsea semakin hampir mendapatkan khidmat penyerang Porto, Radamel Falcao dengan harga 26.5 juta (RM129.2 juta) selepas pemain itu secara prinsipnya bersetuju menerima gaji 5 juta (RM24.3 juta) setahun.Penyerang prolifik Colombia itu, yang menjaringkan 39 gol bersama Porto musim lalu dijangka mengikut jejak langkah bekas pengurusnya, Andre Villas-Boas ke Stamford Bridge dan secara rasmi menandatangani kontraknya pada 1 Julai.


Pemain berusia 25 tahun itu dijangka mampu memantapkan jentera serangan Chelsea yang berdepan masalah sejak pembelian Fernando Torres dari Liverpool dengan harga 50 juta (RM243.8 juta), Januari lalu dan ketibaannya bakal menimbulkan persoalan terhadap masa depan Nicolas Anelka dan Didier Drogba yang diminati Tottenham Hotspur.“Saya menyerahkan segala-galanya kepada ejen. Saya tenang namun menyedari minat untuk mendapatkan khidmat saya,” kata Falcao yang meledak 17 gol dalam Liga Europa musim lalu.
“Cita-cita saya adalah terus bekerja keras dan yakin boleh beraksi di liga lebih mencabar seperti England. Jika Chelsea berminat mendapatkan saya, apa yang diperlukan untuk menjadikan ia realiti adalah rundingan.[metro]
Radamel Falcao
 ArulchelseA-Mahu berapa banyak penyerang...

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...