25 Jun 2011

Ledakan 'El Nino'

FERNANDO Torres tiba di Chelsea pada hari terakhir perpindahan iaitu 31 Januari 2011 selepas tiga setengah tahun bersama Liverpool.Kehebatan jaringan Torres dalam dunia bola sepak Inggeris tidak dapat dinafikan. Pemain berusia 26 tahun itu menjaringkan 65 gol dalam 102 penampilan liga bersama pasukan Reds dan 81 gol dalam 142 perlawanan menerusi semua kejohanan.Dia menyertai Liga Perdana Inggeris pada usia 23 tahun selepas 12 tahun bersama Atletico Madrid, sebuah kelab di bandar kelahirannya, tidak jauh daripada ibu negara Sepanyol.

Ketika bersama Atletico, 'El Nino' (gelarannya di Sepanyol) adalah pemain termuda dan kapten termuda kelab itu. Dia mula menyertai kelab itu pada usia 17 tahun dan memakai ikat lengan kapten dua tahun selepas itu.Musim pertamanya tidak mencuri perhatian dengan hanya enam gol daripada 36 perlawanan liga tetapi jumlah itu meningkat kepada 13 gol dalam 29 penampilan pada tahun berikutnya dan 20 gol pada musim 2003/04, musim paling prolifik buat Torres di Sepanyol dan tahun pertama bersama skuad kebangsaan. Kebangkitan pemain itu di peringkat antarabangsa dan 75 gol dalam 174 perlawanan di liga utama Sepanyol bermakna, banyak kelab di Eropah mula berminat mendapatkannya tetapi dia memilih untuk berada di bawah kendalian rakan senegaranya, Rafael Benitez di Liverpool.


Perpindahan itu berlaku pada Julai 2007 dengan bayaran STG20 juta (RM96.6 juta) sementara Luis Garcia ke pasukan Atletico Madrid dan jaringan pertama Torres buat pasukan Merseyside adalah ketika menentang Chelsea di Anfield, dengan jaringan pembukaan sewaktu seri 1-1 selepas berjaya mengatasi Tal Ben-Haim. Ini adalah satu daripada tujuh gol yang dijaringkan pemain itu dalam tujuh perlawanan menentang Chelsea, jaringan terbaiknya untuk mana-mana kelab Inggeris.Dia menjaringkan tiga hatrik untuk mengumpul 33 gol dalam musim pertamanya di England dan menjadi pemain Liverpool pertama sejak penyarung jersi nombor 9 sebelum ini, Robbie Fowler, untuk memecah rekod 30 jaringan dalam satu musim.

Dia hanya menjaringkan 17 gol pada musim kedua memandangkan kecederaan mengehadkan penampilannya, ketika pasukannya menamatkan saingan di tempat kedua dan satu tangga di atas Chelsea dalam kedudukan liga.Musim lalu, biarpun Liverpool jatuh ke tangga ketujuh, Torres berjaya menjaringkan 22 gol dalam 32 perlawanan.Dia menyertai Piala Dunia di Afrika Selatan, selepas menjuarai Kejuaraan Eropah dalam perlawanan peringkat senior.Pada zaman remajanya, dia mencapai status penjaring terbanyak negaranya dalam skuad Bawah 16 dan Bawah 19 Kejuaraan Eropah dan menjaringkan gol pertamanya untuk skuad senior ketika menentang Itali pada usia 20 tahun, tujuh bulan selepas penampilan pertamanya.

Ketika Piala Dunia 2006 di Jerman, dia menjaringkan tiga gol di peringkat kumpulan tetapi Sepanyol tewas kepada Perancis pada perlawanan kalah mati pertama.Begitupun tiada apa yang menghalang jaringannya buat Sepanyol pada Euro 2008 di mana dia menjaringkan satu gol menjelang perlawanan akhir dan satu-satunya gol dalam perlawanan di Vienna apabila menewaskan Jerman. Ia menjadi gelaran pertama buat Sepanyol sejak 1964.Musim lalu di Afrika Selatan, Torres bergelut memburu kecergasan pada Piala Dunia selepas menjalani pembedahan April 2010. Hasilnya, pemain Barcelona, Pedro merampas kedudukannya untuk kemenangan separuh akhir menentang Jerman.

Jurulatih Sepanyol, Vicente Del Bosque turut mengenepikan Torres untuk kesebelasan utama dalam perlawanan akhir. Sebaliknya dia hanya dimasukkan pada masa tambahan, ketika mereka menang 1-0 ke atas Belanda, biarpun ototnya koyak menjelang akhir perlawanan.Di England, dia membuat 26 penampilan bersama Liverpool musim ini sebelum menyertai Blues, menjaringkan 11 gol termasuk dua gol ketika Chelsea tewas di Anfield, November lalu.Torres menjadi penyerang pertama menyarung jersi nombor 9 selepas Hernan Crespo pada musim 2005/06, meneruskan kehebatan pemain Chelsea.[Metro]
PROFIL
Nama: Fernando Torres
Negara Asal: Sepanyol
Tarikh Lahir: 20 Mac 1984
Tinggi: 1.83m
Berat: 70kg
Kelab terdahulu: Liverpool, Atletico Madrid
Posisi: Penyerang
Torres

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...