SATU lagi sejarah bakal dicatat apabila program Chelsea Blue Pitch akan bertapak di Malaysia bermula bulan depan.Projek tersebut yang lebih menjurus kepada aspek latihan dan  pembangunan bola sepak merupakan sebahagian daripada kempen Jelajah Asia  Chelsea 2011 yang bertemakan Here to Play, Here to Stay di Asia.Program tersebut akan bertindak sebagai akademi latihan bola sepak  dengan dibimbing oleh jurulatih-jurulatih muda Chelsea yang datang ke  negara ini dalam waktu tertentu.Menurut Ketua Pegawai 
Eksekutif Chelsea, Ron Gourlay, pihaknya telah  mengadakan perbincangan dengan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak  Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengenai projek  tersebut. 
“Kami melancarkan program Blue Pitch pertama di London pada tahun  2007 dengan kerjasama Adidas selain menjalankan projek sama di negara  luar pertama iaitu di Hong Kong pada Disember 2009.“Projek ini bertujuan membina gelanggang biru dengan spesifikasi  lebih tinggi di seluruh Asia Pasifik dan bekerjasama dengan  jurulatih-jurulatih tempatan bagi mewujudkan imej Chelsea di Asia,” kata  Gourlay ketika hadir pada pelancaran program Chelsea Blue Pitch di  Pusat Sukan NPNG, Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor semalam.  
Menurut Gourlay, program tersebut turut ditawarkan kepada  penaja-penaja Chelsea termasuk penaja tempatan, badan-badan kebajikan  dan kelab penyokong Chelsea dalam usaha menjadikan Stamford Bridge versi  Malaysia kepada peminatnya di negara ini.Sementara itu, Azzuddin memberitahu, program Blue Pitch dilihat  sebagai projek yang memberi banyak manfaat terutama kepada FAM yang  berusaha untuk menyediakan latihan kepada pemain muda.
“Saya pasti program Blue Pitch sempena kempen jelajah ini dapat  memberi impak lebih baik kepada peminat bola sepak tempatan. Pihak kami  akan menggunakan sepenuhnya kemudahan ini.“Komitmen Chelsea untuk mengembangkan sukan bola sepak di negara ini  tidak hanya terhenti dengan kewujudan program Blue Pitch. Sebaliknya  turut menyediakan tenaga kepakaran dengan menghantar jurulatih muda ke  Malaysia sebanyak empat kali setahun.”[kosmo]
Darah jadi putih kerana makan daging?
                      -
                    
  Seorang lelaki yang makan terlalu banyak daging terkejut selepas 
mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao,...
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan