Chelsea bersedia menawarkan gaji setinggi 130,000 pound (RM650,000)  seminggu untuk memikat bintang Tottenham, Luka Modric ke Stamford  Bridge.Angka itu hampir tiga kali ganda daripada gaji yang diterima pemain  dari Croatia itu di White Hart Lane sekarang, iaitu hanya 50,000 pound  seminggu (RM250,000). Skuad Blues mengharapkan tawaran lumayan tersebut dapat  memujuk perancang utama yang dianggar bernilai 15 juta pound (RM75 juta)  itu berpindah dari utara ke barat ibu kota London.
 Chelsea terdesak menambah pemain yang kreatif dan berbakat ke dalam skuad yang menamatkan musim ini dengan tangan kosong.Modric, yang masih mempunyai baki kontrak tiga tahun, menjadi sasaran  pembelian utama Chelsea, termasuk seorang pemain pertahanan kanan dan  pemain sayap.Sumber dalaman Chelsea berkata, biarpun kelab itu masih belum ada  pengurus selepas pemecatan Carlo Ancelotti, aktiviti membentuk skuad  mantap tidak terjejas.
"Terdapat satu senarai panjang pemain yang ingin dibeli dan nama Modric terletak di atas sekali," katanya.
Ketua pasukan Blues, John Terry yakin kemasukan beberapa muka baru akan menyuntik semangat ke dalam skuad berkenaan."Kami telah membeli dua pemain hebat, Fernando Torres dan David Luiz.  Kehadiran mereka menyegarkan kelab ini, dan harapan saya ialah melihat  beberapa lagi pemain baru dibawa masuk," ujar Terry.[Utusan]
Arulchelsea-tak best la ambik modric..
Darah jadi putih kerana makan daging?
                      -
                    
  Seorang lelaki yang makan terlalu banyak daging terkejut selepas 
mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao,...
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan