Pemain tengah Tottenham Hotspur, Luka Modric mendedahkan hasratnya untuk menyertai Chelsea.Modric dilaporkan bakal mengadakan pertemuan dengan pengerusi kelab,  Daniel Levy bagi merealisasikan isu perpindahan ke Stamford Bridge itu  minggu ini."Jika ada pihak yang mengemukakan tawaran kepada saya dan tawaran  tersebut memberi faedah kepada saya, saya pasti akan berpindah," kata  pemain Crotia itu.
 "Chelsea merupakan sebuah kelab yang besar dan pemiliknya juga bercita-cita tinggi.Mereka memiliki ramai pemain yang hebat dan mereka mempunyai  cita-cita tinggi bagi meraih kejayaan dan memenangi gelaran juara Liga  Juara-Juara."Saya mahu terus kekal di London kerana saya gembira berada di sini dan begitu juga dengan keluarga saya."
Bagaimanapun, hasrat Modric untuk beraksi bersama skuad The Blues tampak sukar apabila pengurus Spurs, Harry Redknapp menegaskan bahawa pemain tersebut tidak akan dijual kepada mana-mana kelab.
Buktinya,Redknapp telah menolak tawaran bernilai £22 juta (RM108  juta) yang dibuat oleh Chelsea untuk membeli Modric dan meminta supaya  kelab terbabit tidak membuang masa tampil dengan nilai yang lebih tinggi  selepas ini.Selain Chelsea, Manchester United juga dilapor berminat bagi mendapatkan khidmat Modric.[kosmo]
ArulchelseA-Harry redknapp memang nak buat modric [ pekasam ] kat spurs.
Darah jadi putih kerana makan daging?
                      -
                    
  Seorang lelaki yang makan terlalu banyak daging terkejut selepas 
mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao,...
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan