9 Jun 2011

Hiddink arah Chelsea segera ikat Sneijder


LONDON - Chelsea menyertai perebutan bintang pemain tengah Inter Milan, Wesley Sneijder yang dianggarkan bernilai 30 juta pound (RM150 juta), selepas dinasihati bakal pengurusnya Guus Hiddink.
Skuad Blues yakin Hiddink akan menyertai mereka menjelang minggu depan.

Belum pun menjejak kakinya ke Stamford Bridge, pengurus Belanda itu sudah mengorak langkah pertama meminta kelab itu menyambar rakan senegaranya, Sneijder yang sedang diintai rapat musuhnya, Manchester United.
Tonggak Inter yang akan menjangkau usia 27 tahun minggu ini, hampir pasti meninggalkan Inter musim panas ini dan dilaporkan mahu berhijrah ke England.
Bos United, Alex Ferguson sentiasa mengikut perkembangan Sneijder sepanjang musim lalu dan menganggap dia sebagai calon terbaik menggantikan Paul Scholes di Old Trafford.
Namun, satu halangan besar ialah permintaan gaji tinggi sebanyak 200,000 pound seminggu tidak mampu dipenuhi United, sekaligus membuka peluang untuk Chelsea .
Skuad Blues sedang menunggu ketua Persatuan Bola Sepak Turki, Mahmut Ozgener kembali bertugas minggu hadapan sebelum mereka membuat tawaran rasmi untuk Hiddink, 64.
Turki dikatakan akur yang mereka terpaksa melepaskan Hiddink biarpun kontraknya masih berbaki setahun sebagai jurulatih skuad kebangsaannya, dan Chelsea sedia menebus kontrak itu yang bernilai empat juta pound.[utusan]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...