Andre Villas-Boas akhirnya dilantik menjadi pengurus ketujuh Chelsea dalam tempoh lapan tahun semalam.Bekas pengurus Porto yang meletak jawatan di kelab itu kelmarin akan  menyertai kelab Liga Perdana England tersebut dengan kontrak selama tiga  tahun.Villas-Boas, 33, yang seringkali disamakan dengan rakan senegara dan  bekas pengurus Chelsea, Jose Mourinho akan memulakan tugas serta merta  di kelab London itu.
Villas-Boas akan menggantikan tempat Carlo Ancelotti sebagai pengurus  di Stamford Bridge selepas
penggendali dari Itali itu dipecat pada hari  terakhir musim lalu.Ancelotti dipecat selepas dia gagal membantu Chelsea memenangi  sebarang gelaran musim lalu meskipun berjaya merangkul gelaran berganda  iaitu trofi Liga Perdana England dan Piala FA pada tahun sebelumnya."Villas-Boas adalah calon terbaik untuk jawatan itu," menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Chelsea semalam.
"Dia adalah pengurus muda paling berbakat dalam arena bola sepak hari  ini dan sudah berjaya mencapai kejayaan cemerlang dalam tempoh yang  singkat."Cita-cita, gaya dan keazaman yang dimiliki Villas-Boas selari dengan  Chelsea dan kami yakin dengan kepimpinannya, pasukan ini akan  memperoleh keputusan yang lebih baik, sekali gus mencapai kejayaan dalam  liga domestik serta Eropah."Kontrak Villas-Boas bersama Porto telah ditamatkan selepas Chelsea  membayar 15 juta euro (RM 65.4 juta) untuk membatalkan klausa daripada  juara Portugal itu.
Oleh kerana Villas-Boas tidak pernah merasai saingan Liga  Juara-Juara, pelantikan itu mungkin berdepan risiko kerana pemilik skuad The Blues, Roman Abramovich sudah lama menyimpan hasrat untuk memenangi kejohanan kelab elit Eropah itu.Bagaimanapun, Villas-Boas dianggap sebagai calon yang paling sesuai  kerana dia seringkali disamakan dengan Mourinho yang ketika ini  membimbing Real Madrid.Ketika ini, Mourinho boleh dianggap sebagai pengurus paling berjaya di Eropah.Untuk rekod, Claudio Ranieri, Mourinho, Avram Grant, Luiz Felipe  Scolari, Guus Hiddink dan Ancelotti pernah menduduki 'kerusi panas' itu  sejak Abramovich mengambil-alih Chelsea pada tahun 2003.[Kosmo]
ArulchelseA-Nak tengok berapa lma tahan.paling lama 2 musim.. kalau tak menang apa piala tak bermusim la jawabnya.
Darah jadi putih kerana makan daging?
                      -
                    
  Seorang lelaki yang makan terlalu banyak daging terkejut selepas 
mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao,...
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan