Juara bertahan, Chelsea hilang tiga mata buat pertama kali dalam
saingan Liga Juara-Juara Eropah apabila tewas 1-2 kepada Shakhtar
Donetsk, dalam saingan peringkat Kumpulan E, awal pagi tadi.
Alex Teixeira membuka tirai jaringan pasukan tuan rumah seawal minit
ke-3 manakala Fernandinho menambah derita menerusi jaringannya pada
minit ke-52.
Chelsea cuba bangkit apabila pemain Brazil, Oscar mencuri satu gol pada minit ke-88 tetapi sudah terlambat bagi kelab England itu untuk membawa pulang satu mata.
Dengan keputusan itu, juara Ukrainie itu merampas kedudukan teratas Kumpulan E dengan mencatat rekod 11 bulan tanpa kekalahan.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan