Chelsea tidak akan menawarkan kontrak jangka panjang kepada Frank Lampard dan Ashley Cole.Kontrak dua pemain England itu kini berbaki setahun dan mereka mahu
menyelesaikan kekusutan mengenai masa depan di Stamford Bridge.
Namun Blues hanya bersedia menawarkan kontrak selama setahun kepada pemain berusia lebih 30 tahun walaupun ia bermakna bakal kehilangan mereka secara percuma hujung musim ini.
Lampard dan Cole boleh mengadakan perbincangan dengan kelab baru pada jendela perpindahan 1 Januari ini.
SunSport kelmarin mendedahkan Lampard, 34, yang mendapat bayaran 250,000 (RM1.2 juta) seminggu menjadi sasaran dua kelab China termasuk kelab bekas rakan sepasukan, Didier Drogba yang kini bersama Shanghai Shenhua.
Kelab David Beckham, LA Galaxy dikatakan turut berminat menawarkan kontrak selama dua atau tiga tahun.
Pemilik Chelsea, Roman Abramovich enggan terbabit membuat tawaran
kerana lebih tertumpu mengukuhkan skuad juara Liga Juara-Juara musim
lalu itu.
Sumber kelab mendedahkan: “Frank dan Ashley masih sangat penting kepada Chelsea namun jika mahu kekal mereka perlu mengikut syarat ditetapkan pengurusan kelab.
“Kontrak Didier berlanjutan lebih setahun musim lalu dan diberikan tawaran terima atau tinggalkan kelab.
“Pemilik sudah menyatakan dengan jelas pendekatan yang sama digunakan untuk Frank dan Ashley.” Cole, 31 sudah menolak tawaran kontrak selama 12 bulan dan mencari tempoh lebih lama sebelum menandatangani kontrak baru.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan