Jurulatih Chelsea, Roberto Di Matteo mengesahkan prosiding disiplin
ke atas Ashley Cole telah dibuka berikutan komen kesat pemain itu
tentang Persatuan Bola Sepak England (FA) di laman sosial Twitter.
Cole menggunakan akaun Twitter untuk mengkritik FA, mengenai tiga
panel yang mengeluarkan laporan 63 muka surat Jumaat lalu mengapa ketua
pasukan Chelsea, John Terry perlu digantung empat perlawanan dan denda
220,000 pound (RM1.1 juta) kerana melemparkan kata-kata perkauman kepada
pertahanan QPR, Anton Ferdinand musim lalu.
Cole memberi reaksi marah dengan tindakan tersebut di Twitter sebelum memadamkannya dan meminta maaf melalui peguamnya.
FA bersedia untuk mengambil tindakan ke atas Cole dan Di Matteo
mengesahkan Chelsea juga akan melakukan perkara yang sama, walaupun
belum membuat keputusan sama ada dia akan didenda.
Kami mempunyai polisi media sosial di kelab ini dan dia akan
melalui proses disiplin mengenai komen yang dikeluarkan di Twitter.
Saya juga pengguna media sosial dan pemain perlu menggunakannya
dengan lebih wajar. Kita berada di dunia tersebut dan perlu
menggunakannya dengan lebih bertanggungjawab.
Jika pemain tidak mematuhi peraturan, tindakan perlu diambil. Kami
mempunyai peraturan dan jika mereka tidak mematuhinya mereka perlu
berdepan dengan tindakan yang akan dikenakan," kata Di Matteo.[sumber]
2 Pengulas Sukan:
I've been exploring for a little bit for any high-quality articles or blog posts in this sort of area . Exploring in Yahoo I at last stumbled upon this site. Reading this info So i am glad to express that I've a very excellent
uncanny feeling I found out just what I needed. I so much surely will make
certain to do not omit this site and provides it a glance on a relentless basis.
Here is my website; Achat tweet pas cher
My webpage: plus de retweet
For latest information you have to pay a quick visit world-wide-web and on web I found this web page as a best web page for
hottest updates.
Feel free to visit my blog post; Plus De Vues Youtube
Catat Ulasan