31 Oktober 2012

Juan mata tetap bersikap positif

Juan Mata terus berdiam diri berhubung tuduhan membabitkan Mark Clattenburg yang menggunakan kata-kata kesat ke atasnya dalam blog peribadinya yang mengulas kekalahan Chelsea kepada Manchester United, kelmarin.


Mata langsung tidak menyentuh mengenai dakwaan dia serta rakan sepasukan, John Obi Mikel menjadi mangsa kata-kata kesat dilemparkan kepada mereka oleh Clattenburg yang difahamkan mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman.

Clattenburg sendiri berjanji untuk memberikan kerjasama sepenuhnya ke atas apa saja siasatan yang terarah kepada perlawanan Ahad lalu di Stamford Bridge yang menyaksikan United menang 3-2.

Pengadil itu tetap mempertahankan keputusan kontroversinya yang melayangkan kad kuning kedua kepada Fernando Torres kerana dianggap sengaja menjatuhkan diri, jelas bekas pengadil, Dermot Gallagher yang mendakwa sempat bercakap dengan pengadil berusia 37 tahun itu selepas perlawanan itu.

Ulang tayang video jelas menunjukkan Torres dikasari oleh Jonny Evans dan dia kemudian dibuang padang yang menyaksikan Chelsea beraksi dengan sembilan pemain.

Situasi itu menyaksikan United akhirnya berjaya menjaringkan gol kemenangan yang didakwa ofsaid.Mata dalam blog peribadinya menyatakan: “Kali ini saya menulis untuk anda dari rumah. Baru tiba dari Stamdord Bridge dan sudah pasti kecewa dengan kekalahan ini.

“Ia adalah perlawanan yang amat penting untuk kami. Pasukan pertama bertemu pasukan kedua terbaik.“Kami memang mengharapkan kemenangan untuk melebarkan jurang di tangga teratas liga. Namun kami gagal melakukannya.

“Saya tetap bersikap positif. Kami begitu kompetitif bertemu lawan yang hebat dan bangkit daripada ketinggalan 0-2. Malah kami juga terus kekal di tangga teratas liga.“Saingan masih awal, tapi amat penting untuk terus kekal di tangga teratas,” katanya.[sumber]


0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...