Manchester United merapatkan jurang mata dengan pendahulu Liga Perdana
Inggeris, Chelsea apabila menang 3-2 dalam perlawanan penuh dramatik dan
mengundang kontroversi di Stamford Bridge, awal pagi tadi.
Gol
kemenangan United dijaringkan oleh Javier Hernandez pada minit ke-75
selepas Chelsea bangkit daripada ketinggalan dua gol, sekali gus
kemenangan pertama United di Stamford Bridge selepas 10 tahun.
Ketika jaringan kemenangan United, Chelsea dilanda malang apabila
bermain dengan sembilan pemain selepas Branislav Ivanovic dan Fernando
Torres dibuang padang selepas mendapat dua kad kuning.
Torres dilayangkan kad merah selepas merebahkan diri ketika perebutan bola dengan pertahanan United, Jonny Evans.Jaringan Hernandez dipertikaikan kerana dia kelihatan sudah berada di posisi 'off-side'.
memang offside..ref je bangang.. |
United bermula pantas di depan penyokong Chelsea di Stamford Bridge dengan mendahului 2-0 pada 12 minit permainan.
Pertahanan Chelsea, David Luiz menguis bola sendiri dan menerjah jaring pada minit ke-3 menerusi rembatan Robin van Persie.
Sembilan minit kemudian, Van Persie menjadikan kedudukan 2-0 selepas mendapat hantaran lintang Antonio Valencia.
Chelsea bagaimanapun bangkit menerusi sepakan percuma Juan Mata pada minit ke-44 dan masuk separuh masa kedua, Ramires menanduk masuk untuk gol penyamaan.[sumber]
1 Pengulas Sukan:
Howdy! This article could not be written much better!
Reading through this article reminds me of my previous roommate!
He constantly kept preaching about this. I most certainly
will forward this post to him. Pretty sure he will have a good read.
Thank you for sharing!
my web site: tribunal
Catat Ulasan