Roberto Di Matteo tidak bercadang merehatkan John Terry yang
menjalani penggantungan empat perlawanan kerana didapati bersalah
meluahkan kata-kata berbaur perkauman ke atas Anton Ferdinand.
Terry menyaksikan kelabnya menewaskan Tottenham 4-2 di tepi padang
ketika penggantungan pertama yang diputuskan oleh Persatuan Bola Sepak
(FA) akibat tindakan ke atas Ferdinand, Oktober tahun lalu.
Pemain
berusia 31 tahun itu kekal selaku kapten Chelsea di sebalik hukuman FA
itu dan bersedia mengetuai Blues pada saingan Liga Juara-Juara bertemu
Shakhtar Donetsk, awal pagi esok.
Terry mungkin ingin berehat seketika namun Di Matteo menafikan beliau mempunyai pilihan lain.“Tidak,” jawab pengendali dari Itali itu yang berharap kelab itu melupakan isu itu.
“Ia satu isu sensitif dan kami akan terus bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk membanteras diskriminasi.
“Lembaga pengarah sudah membuat keputusan muktamad (mengekalkan Terry sebagai kapten) dan kami boleh terus memberikan tumpuan terhadap bola sepak.” Seorang pemain yang diberi rehat oleh Di Matteo baru-baru ini adalah Juan Mata.
Keputusan itu nyata berbaloi kerana pemain Sepanyol itu sudah
menjaringkan enam gol dalam lima perlawanan selepas sumbangan dua gol
ketika membantu membenam Spurs.
Di Matteo memberi Mata rehat dua minggu selepas pembabitannya bersama Sepanyol pada Kejohanan Eropah dan Sukan Olimpik dan pengendali dari Itali itu nyata lega tindakan itu menghasilkan faedah.
“Dia bermain pada Euro dan Sukan Olimpik dan penting kami memberinya rehat, mental dan fizikal,” kata Di Matteo.
“Ia satu keputusan yang tepat. Dia turut memperoleh rehat tambahan apabila tidak dipilih menghadapi perlawanan antarabangsa baru-baru ini.”[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan