Pemain pertahanan Chelsea dan England, Ashley Cole memohon maaf kepada
Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) kerana mengkritik badan induk bola
sepak itu selepas kecewa keterangannya dalam kes kenyataan rasis John
Terry dipertikaikan.
"Ketika itu saya tak berfikir panjang kerana keletihan selepas menjalani latihan."Bila saya tonton TV tentang sikap FA, saya tidak boleh mengawal emosi
dan terus menulis perasaan kecewa saya di akaun Twitter,” katanya
dipetik BBC.
Cole yang kecewa dengan tindakan FA melepaskan geram melalui akaun
Twitternya yang bertulis: "Hahahahaa, syabas # fa, saya berbohong saya, #
BUNCHOFT *** S."Bagaimanapun selepas itu, Cole menyedari kesilapannya dan membuang mesej Twitter itu.
"Saya minta maaf di atas komen yang tidak seharusnya berlaku. Saya akan belajar daripada kesilapan ini," tegas Cole.
"Saya minta maaf di atas komen yang tidak seharusnya berlaku. Saya akan belajar daripada kesilapan ini," tegas Cole.
Sementara itu, seorang jurucakap FA berkata pihaknya menyedari mesej yang ditulis Cole.Bagaimanapun mereka enggan mengulas lanjut.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan