30 Oktober 2012

Petugas Chelsea cedera - FA siasat

Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) akan buka kertas siasatan  insiden seorang petugas Chelsea yang dibaling objek sehingga mendatangkan kecederaan ketika perlawanan antara The Blues menentang Manchester United yang berlangsung di Stamford Bridge, kelmarin.

Insiden berkenaan tercetus sebaik Javier Hernández melengkapkan kemenangan 3-2 United yang menyebabkan kemarahan segelintir penyokong The Blues yang bukan sahaja bertindak membaling bekas minuman ke dalam padang dan merosakkan kerusi duduk penonton.

Menurut jurucakap FA, selain Chelsea, FA turut membuka kertas siasatan ke atas Everton berhubung kesalahan penyokong, dan polis akan meminta salinan video kedua perlawanan terbabit untuk siasatan lanjut. Sabit kesalahan Chelsea dan Everton boleh dikenakan denda.

"Kita perlu tunggu laporan pengadil perlawanan, sebelum ambil sebarang tindakan,"katanya.

Sementara itu, menurut jurucakap Chelsea, maklumat awal yang diterima, petugas itu tergelincir sebelum terjatuh akibat objek dibaling dari kawasan duduk penonton.

Bagaimanapun, katanya, beliau diberi bantuan kecemasan di tepi padang sebelum dibawa ke hospital.[sumber]

*Minggu ref berat sebelah

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...