Harapan Chelsea untuk melangkah sebagai 16 pasukan terakhir Liga
Juara-Juara terjejas awal pagi semalam apabila penyandang juara itu
tewas buat kali pertama kepada Shakhtar Donetsk 1-2 dalam misi
mempertahankan kejuaraan.
Walaupun jaringan lewat berjaya dilakukan Oscar, ia masih belum
mencukupi menafikan jaringan Alex Teixeira dan Fernandinho untuk
memberikan keadaan yang selesa kepada juara Ukraine bagi berada di
kedudukan teratas Kumpulan E dan melebarkan rekod tanpa tewas yang luar
biasa selama 11 bulan.
Ia adalah kekalahan pertama Chelsea sejak kecundang kepada Atletico Madrid dalam Piala Super Uefa namun situasi mungkin lebih buruk kepada pendahulu Liga Perdana itu seandainya Juventus tidak diikat FC Nordsjaelland untuk keputusan seri 1-1.
Chelsea kekal di tempat kedua namun kini ketinggalan tiga mata di
belakang Shakhtar menjelang perlawanan timbal balik pada 7 November
manakala pengurusnya, Roberto Di Matteo perlu berharap pasukannya
kembali cergas dengan kadar segera menjelang kunjungan ke Manchester
United pada Ahad.
“Ia adalah perlawanan yang sukar. Shakhtar beraksi dengan baik dan berhak memenanginya. Saya tidak tahu apa yang berlaku,” kata pertahanan tengah Chelsea, David Luiz.
“Pemain Shakhtar bijak dan tidak memberikan sebarang peluang kepada kami. Hanya tempoh 15 minit terakhir kami mendapat peluang yang bagus.
“Kami tidak beraksi dengan baik. Ia adalah satu kejutan selepas
beberapa persembahan yang baik di Liga Juara-Juara. Tahniah kepada
Shakhtar.”[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan