Kelab Liga Super China, Shanghai Shenhua, dikatakan bersedia menawarkan
gaji £250,000 (RM1.2 juta) seminggu selepas cukai kepada pemain Chelsea,
Frank Lampard.
Akhbar Britain, The Sun turut mendedahkan, sebuah lagi kelab China, Beijing Guoan turut bersedia menawarkan gaji yang sama banyak kepada pemain tengah England itu.
Ketika ini, bekas rakan Lampard di Chelsea, Didier Drogba sedang bermain untuk Shanghai Shenhua.
Berdasarkan kontrak semasa, Lampard, 34, boleh berunding dengan manamana kelab menjelang Januari depan, memandangkan dia bakal menjadi pemain bebas pada penghujung musim ini sekiranya Chelsea tidak memperbaharui kontraknya.
Untuk rekod, Lampard beraksi selama 11 tahun di Stamford Bridge.
Buat masa ini, Chelsea mengamalkan polisi hanya menawarkan kontrak lanjutan selama setahun kepada mana-mana pemain yang mencapai usia melebihi 30 tahun.
Jika Lampard bersedia menerima tawaran dari kelab China itu, ini bermakna dia boleh memperolehi pendapatan maksimum sehingga £36 juta (RM177 juta) jika mengikat kontrak tiga musim.
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan